Mereka Kehausan...



Muslim di Afrika... mereka adalah saudara seagama kita tapi hidup mereka dengan kita ibarat langit & bumi. 

Bagi mereka memiliki air di rumah adalah satu kemewahan. Sumber air bersih di sana sangat terhad, sayu bila tahu yang anak-anak kecil sering menjadi mangsa kehausan & penyakit berbahaya seperti cirit- birit & taun akibat meminum air yang kotor.


TERPAKSA BERJALAN 10 BATU DEMI SETITIS AIR

Masalah akses air bersih menyebabkan mereka mengabaikan pendidikan kerana untuk mendapatkan sumber air, mereka terpaksa berjalan 10 batu & berulang semula ke rumah membawa tong-tong berat tanpa kenderaan.


APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK BERI MEREKA RASA NIKMAT AIR BERSIH?

Syukur kita tidak diuji seberat mereka, sesusah mana pun kita Allah SWT masih mengurniakan kita nikmat air bersih & rezeki meneruskan hidup. Alangkah baiknya jika kita berkongsi rezeki demi membantu saudara seagama kita.

Pertubuhan Insaf Insani membuka peluang Tuan/Puan membantu dalam usaha ini. Kami sedang berusaha mengumpulkan dana untuk membina telaga khas untuk kegunaan penduduk di Afrika.


Antara kelebihan telaga ini adalah:

▶️Telaga yang mempunyai motor pum
▶️Tangki yang boleh menyimpan air sehingga 500 liter
▶️Mampu memberi manfaat 30,000 orang penduduk


Ketika ini Insaf Insani berjaya membina beberapa buah telaga di Nigeria, Benin & Chad



Oleh kerana keperluan air di sana begitu mendesak, kami merancang untuk membina 100 lagi telaga di kawasan Sub Sahara ini.

1 Perigi ini berharga RM 19,500


Jika setiap orang menyumbang RM 30, jadi kita memerlukan 650 orang untuk membina sebuah perigi.

Kami benar-benar merayu Tuan/Puan menjadi salah seorang daripada penginfaq ini/

Kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang menyumbang, semakin ramailah saudara-saudara kita yang mendapat air untuk menghilangkan kehausan.


"Barangsiapa menggali perigi, kemudian ada yang minum darinya kerana haus baik dari kalangan jin, manusia maupun burung, melainkan Allah memberinya pahala pada hari kiamat"



Ayuh hilangkan dahaga mereka seumur hidup dengan serendah RM 30

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Infaq 1 Telaga 19,500 Ringgit
Infaq Telaga RM 1000
Infaq Telaga - RM 500/ 143.13 SGD
Infaq Telaga RM 300
Infaq Telaga - RM 100/ 28.60 SGD
Infaq Telaga - RM 50/ 14.31 SGD
Infaq Telaga RM 30/ 8.62 SGD
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN